Apakah Kanser Prostat?

Apakah Kanser Prostat?

Kanser, juga dikenali sebagai barah, terjadi apabila sel badan telah hilang kawalan mekanisma dan membiak dengan tersendiri tanpa dapat dikawal oleh badan. Kanser prostat ialah ketumbuhan sel barah yang bermula dari kelenjar prostat.

 

Kanser prostat ialah kanser kedua yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki di seluruh dunia. Berdasarkan maklumat dari GLOBOCAN, sebanyak 1.2 juta kes baru dan 358,000 kematian yang berkaitan dengan kanser prostat dicatatkan setiap tahun. Di Malaysia, kanser prostat merupakan kanser yang ketiga paling kerap berlaku di dalam kalangan lelaki dengan kadar insiden sebanyak 7.7 per 100,000 penduduk.

Apakah prostat?

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” yang terletak di depan usus besar (rectum) dan di bawah pundi kencing mengelilingi saluran kencing (urethra). ‘Urethra’ ialah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing untuk kemudian dikeluarkan dari badan melalui zakar. Prostat adalah sebahagian daripada sistem pembiakan dan berfungsi untuk menghasilkan cecair air mani. Oleh sebab kedudukannya dalam pelvis, prostat biasanya tidak dapat dilihat dan sukar dikesan dari luar badan.

 

Apabila usia seseorang lelaki meningkat, prostatnya turut akan semakin membesar. Ini menyebabkan saluran ‘urethra’ semakin sempit and mengakibatkan aliran air kencing yang tidak lancar. Keadaan ini dikenali sebagai pembengkakan prostat yang bukan kanser (Benign Prostatic Hyperplasia, BPH).

 

Rujukan:

Gambar 1: Kedudukan prostat dalam badan manusia. Prostat terletak di bawah pundi kencing and di hadapan rektum.

 

Sumber gambar: