Kong Yong Kit (Steven)

Bekerja dalam industri farmaseutikal menjadikan saya lebih peka dengan tahap kesihatan saya sendiri.  Saya mula menjalankan pemeriksaan kesihatan saya pada pertengahan usia 40-an. Ujian antigen spesifik-prostat yang pertama telah dijalankan dalam usia 50 tahun.

Kong Yong Kit (Steven), 60 tahun.

Pesara Industri Farmaseutikal MNC, Jualan & Pemasaran.

Bekerja dalam industri farmaseutikal menjadikan saya lebih peka dengan tahap kesihatan saya sendiri.  Saya mula menjalankan pemeriksaan kesihatan saya pada pertengahan usia 40-an. Ujian antigen spesifik-prostat yang pertama telah dijalankan dalam usia 50 tahun.

 

Pada tahun 2013, kadar PSA saya telah meningkat melebihi 4.0 ng/ml. Oleh yang demikian, saya telah mendapat rawatan perubatan Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) selama dua tahun. Namun begitu, kadar PSA terus meningkat dan ujian biopsi prostat telah dijalankan seperti yang disyorkan oleh pakar urologi saya. Hasilnya, saya didiagnos menghidap kanser prostat lokal.

 

Saya mendapat rawatan Robotic-assisted Radical Prostatectomy (RARP) dengan kesan sampingan selepas surgeri yang minimal di sebuah hospital swasta. Ahli keluarga dan penjaga banyak membantu saya ketika melalui fasa-fasa berbeza sebagai pesakit yang perasaannya ada kala tidak menentu dan tertekan. Jadi adalah penting untuk ahli keluarga juga memahami akan penyakit ini selepas didiagnoskan kerana ia juga memberi kesan terhadap moral setiap ahli keluarga.

 

Sebagai bekas pesakit kanser prostat

Saya selalu memilih pemakanan yang sihat serta mengandungi lebih sayur-sayuran dan protein, kurang makan daging merah dan minuman bergula. Saya luangkan sekurang-kurangnya 1-2 jam setiap pagi menjalankan aktiviti senaman Qigong untuk gaya hidup sihat. Saya percaya, menjaga kesihatan yang baik haruslah diamalkan secara berterusan.

 

Tambahan lagi, kos rawatan yang tinggi menjadi cabaran besar untuk bekas pesakit kanser prostat, terutamanya mereka yang mendapat rawatan terapi hormon sepanjang hayat.

Saya bernasib baik kerana insurans syarikat telah membiayai kos RARP saya. Ramai bekas pesakit kanser prostat mengalami kesukaran dari segi kewangan untuk membiayai kos perubatan yang tinggi.

 

Sebab itulah peri pentingnya pengesanan awal untuk terselamat daripada kanser prostat. Saya amat menggalakkan lelaki yang berusia 50 tahun dan ke atas untuk menjalani ujian PSA. Adalah penting untuk setiap lelaki mengambil langkah proaktif dalam penjagaan kesihatan prostat.