Lim Chong Hooi

Jurutera mekanikal yang telah didiagnos kanser prostat pada tahun 2015 dan berhenti bekerja demi meluangkan masa merawat kanser.

Lim Chong Hooi, 53 tahun.

Jurutera mekanikal yang telah didiagnos kanser prostat pada tahun 2015 dan berhenti bekerja demi meluangkan masa merawat kanser.

 

Sebelum kanser dikesan, beliau mengakui mempunyai kurang pengetahuan dan pendedahan mengenai kanser prostat dan tidak pernah membuat sebarang pemeriksaan perubatan berkaitan kanser. “Hanya selepas saya mengalami sakit belakang yang serius, saya membuat beberapa ujian darah beberapa kali, pengimejan dan ujian biopsy. Daripada situlah saya telah didiagnos kanser prostat tahap lewat dengan lymph nodes dan tulang. Bacaan PSA telah melebihi > 1600 ng/ml  dengan markah Gleason 9 semasa dikesan.”

 

Pada mulanya, saya amat terkejut kerana tiada sejarah pesakit kanser dalam keluarga saya.

Ahli keluarga saya sangat terkesan dan sedih kerana tidak menyangka saya akan menderita sebagai pesakit kanser tahap 4 pada usia “muda”. Kedua-dua anak saya masih kecil dan sedang belajar. Saya amat bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada keluarga sepanjang tempoh rawatan. Merekalah kekuatan saya untuk terus menghadapi penyakit ini dengan cekal dan tabah.

 

Kos rawatan kanser prostat adalah tinggi terutamanya di hospital swasta. Insurans perubatan telah membantu membiayai bil rawatan saya. Sehingga hari ini, saya telah 5 tahun bebas daripada kanser. Saya amat bersyukur dan sesungguhnya kunci untuk melawan penyakit ini adalah sentiasa berminda positif, senaman berterusan dan tidak berputus asa.