Wong Kuan Sing

Presiden Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM), Persatuan Bersama Menentang Kanser Malaysia (TAC) dan Timbalan Presiden Persatuan Guolin Qigong Malaysia (PGQM). Disahkan penghidap kanser prostat tahap 3 pada tahun 2010.

Wong Kuan Sing, 75 tahun.

Presiden Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM), Persatuan Bersama Menentang Kanser Malaysia (TAC) dan Timbalan Presiden Persatuan Guolin Qigong Malaysia (PGQM). Disahkan penghidap kanser prostat tahap 3 pada tahun 2010.

 

Saya tidak bergejala! Namun, keputusan pemeriksaan kesihatan tahunan saya menunjukkan tahap antigen khusus prostat yang meningkat (PSA). Adakah keputusan ini tidak tepat?

 

Saya segera menjalani biopsi prostat dan disahkan menghidap kanser prostat. Isteri saya amat terkesan dengan berita mengejut ini. Kami menangis bersama-sama apabila saya dikhabarkan hanya memiliki jangka hayat selama 2.5 tahun sahaja.

 

Anak-anak kami, yang merupakan pakar dalam bidang perubatan menenangkan dan menasihati kami untuk memperoleh pendapat kedua.

 

Saya menjalani radioterapi dengan terapi kekurangan androgen selama 3 tahun.

 

Surgeri bukanlah alternatif pilihan kerana saya menghidap kanser prostat setempat tahap lewat. Pada tahun 2018, saya menjalani satu lagi kitaran terapi kekurangan androgen selama 3 tahun kerana kanser saya berulang. Sekarang, saya bercuti dari ablasi hormon!

 

Kanser prostat telah mengubah gaya hidup saya.

 

Saya sering bersenam; kurang makan daging merah dan lebihkan makan sayur-sayuran hijau. Senaman Qigong adalah rutin harian saya selama satu jam setengah untuk kekal sihat. Saya juga bergiat aktif dalam Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM) membantu penghidap kanser prostat untuk berjuang melalui sokongan, pendidikan dan perubahan gaya hidup. Tambahan pula, saya juga adalah Presiden Persatuan Bersama Menentang Kanser Malaysia (TAC), kumpulan penyokong aksesabiliti yang lebih baik dan ubat-ubatan kanser yang lebih murah.

 

Kepada semua anak Malaysia, jika anda berumur 55 tahun ke atas dan mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser prostat, saya sarankan agar anda membuat pemeriksaan darah PSA. Pemeriksaan awal dapat menyelamatkan nyawa. Kanser prostat adalah penyakit yang merebak dalam diam.

 

Saya simbol pejuang tegar. Hari ini, saya telah mengharunginya selama 10.5 tahun dan akan terus menang!